Sejarah ringkas mengenai monumen-monumen yang dipamerkan adalah seperti berikut:
The brief history of each of the monuments is as follows:
- Masjidil Haram, Mekah, Arab Saudi
Sebagaimana yang diketahui ramai sejarah Masjidil Haram terutamanya Kaabah bermula dari zaman Nabi Ibrahim AS lagi. Walaubaimanapun pembinaan bangunan masjid itu sendiri hanya bermula pada zaman Khalifah Omar Alkhattab RA iaitu sekitar tahun 639 Masihi. Sebahagian besar bangunan asal masjid dibuat menggunakan batu biru yang boleh didapati di bukit-bukit di sekeliling Lembah Hijjaz. Sejak dari zaman tersebut bangunan masjid telah ditambah sedikit demi sedikit sehingga menjadi bentuknya yang dapat kita lihat pada hari ini.
The history of Masjidil Haram especially Kaabah (The Black Stone), started as early as the period of Abraham AS. However the mosque itself only constructed during the reign of Caliph Omar Al Khattab RA around 639AC. The original mosque was built using the blue stone which was found on the hill around the Hijjaz Valley. Since then the mosque experience a massive renovation until the shape that we see today.
- Masjid Negara, Kuala Lumpur, Malaysia
Bangunan Masjid Negara telah dibina pada tahun 1965 bagi memperingati perjuangan dan jasa-jasa Perdana Menteri Malaysia yang pertama iaitu YAB Tunku Abdul Rahman Putera Al Haj dalam memerdekakan Tanah Melayu dari penjajah Inggeris. Bangunan yang dibina selepas Merdeka mempunyai ciri-ciri yang menunjukkan kemajuan dan kebebasan termasuklah Masjid Negara. Ciri-ciri ini ditonjolkan melalui rekabentuk dan bahan-bahan binaan yang digunakan.
Ciri-ciri yang menarik pada masjid ini adalah kubah yang diperbuat dari konkrete berbentuk payung terbuka dan menara yang berbentuk payung tertutup. Payung memberi simbolik kepada perlindungan dan keselamatan.
The National Mosque was constructed in 1965 to commemorate the Malaysian First Prime Minister, YAB Tunku Abdul Rahman Putera Al Haj, success in seeking independence from the British. The style of the post independence building including the National Mosque shows the progress and freedom. The style is shown in the design and the materials that have been used.
The most importance elements in this mosque are the half opened umbrella shape of the central dome and folded umbrella shape minaret. The umbrella symbolized the safety and security.
- Kubah As-Sakhrah, Palestin
Bangunan Kubah As-Sakhrah atau lebih dikenali lagi sebagai Dome of The Rock dibina pada tahun 692 Masihi di kawasan Haram al-Sharif bagi melindungi batu tergantung yang menjadi tempat Nabi Muhammad SAW berpijak sebelum Mikraj kelangit.
Ciri-ciri penting yang dapat dilihat pada bangunan ini adalah replika batu tergantung itu sendiri serta kesenian kerja-kerja jubin dan kaligrafi dari Surah Yaasin dan Surah Al Israq.
Kubah As-Sakhrah better known as The Dome of The Rock was constructed in 692AC around Haram Al Sharif area to protect the floating rock which The Prophet Muhammad SAW stood before ascending to Heaven.
The important elements to be seen in this monument are the floating rock itself and the delicate tiling and calligraphic works.
PENGENALAN / INTRODUCTION
-
*BLOG INI DITUJUKAN UNTUK SELURUH RAKYAT MALAYSIA.*
INTRODUCTION
The proposal to build park in Terengganu depicting the glorious Islamic
Civilization...
0 comments:
Post a Comment