Wednesday, December 31, 2008

CALON JADI PENENTU! PILIHANRAYA PARLIMEN KUALA TERENGGANU 17 JANUARI 2009

Kuala Terengganu:
Pertandingan umpama 'buku bertemu ruas' antara calonPAs dan Umno, bakal merancakkan semula pentas politik tanah air bermula pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu yang akan berlangsung pada 17 Januari 2009.
Pertarungan itu dilihat banyak pemerhati dan peminat politik tempatan sebagai penentu politik negara akan datang, justeru penilaian awal dari pelbagai sudut turut diambil kira termasuk soal calon, persepsi pengundi, dasar parti dan beberapa isu tempatan dan nasional.

Tuesday, December 30, 2008

AZAM BARU UNTUK LEBIH BAIK DARI SEMALAM


Assalamualaikom dan salam sejahtera…. Ramai antara kita umat islam yang tak perasan hari ni adalah hari terakhir dalam bulan yang terakhir dalam kalendar Islam (30 Zulhijjah 1429 Hijrah). Kita semua tahu dan hafal turutan dan nama bulan Masehi tapi ramai antara kita yang tak tahu dan hafal bulan-bulan Islam. Sempena menjelangnya Maal Hijrah dan Awal Muharam 1430, marilah kita sama-sama menginsafi dan muhasabah diri kita sejauh mana sumbangan kita terhadap Agama Islam yang suci. Apakah pada tahun 1429 Hijrah yg lalu kita telah menunaikan tanggung jawab kita terhadap agama dan masyarakat islam itu sendiri?

Berikut adalah doa akhir tahun dan awal tahun yang perlu dibaca:-

Doa Awal Tahun

“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah yang memelihara dan mentadbir sekian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan keluarga Baginda dan sekelian sahabatnya. YaAllah, Engkaulah yang kekal abadi, demi kelebihan Engkau yang Maha Agung dan kemurahan Engkau yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon kepada Engkau perlindungan daripada syaitan, konconya, tenteranya dan penolongnya. Dan aku memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Enkau. Wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Wahai Tuhan yang lebih penyayang daripada segala yang penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda dan sekelian sahabatnya. Segala puji bagi Allah memelihara dan mentadbir sekian alam.”

Doa Akhir Tahun

“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah yang memelihara dan mentadbir sekian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan keluarga Baginda dan sekelian sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku banyak melakukan larangan Engkau, tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak redha melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab Engkau sudah tetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan aku supaya bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku bertaubat dan memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Apa aku lakukan pada tahun ini Engkau redhai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohon daripada Engkau, Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljala liwal ikram, terimalah permohonana ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku, wahai Tuhan Maha Mulia. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda dan sekelian sahabatnya. Segala puji bagi Allah memelihara dan mentadbir sekian alam”
Blog Widget by LinkWithin

A WORLD CLASS THEME PARK ACTIVITIES


A WORLD CLASS THEME PARK ACTIVITIES

CRYSTAL MOSQUE AND ISLAMIC GARDEN

Ø DAILY/FRIDAY PRAYES
Ø EXTENTION OF ACTIVITIES FROM THE MOSQUE
Ø COMMUNITY/RELIGIOUS ACTIVITIES

CONVENTION CENTRE

Ø FOR FORMAL ACTIVITIES
Ø SEMINARS.
Ø WEDDING.
Ø CONVENTION.
Ø WORKSHOP.
Ø EVENTS, TILAWAH AND FORUM.

COMMERCIAL AREAS

Ø DAILY ACTIVITIES
Ø BUSINESS.
Ø RESTAURANTS.
Ø FRIDAY MARKET.
Ø BOAT DOCK/JETTY.
Ø MOBILE STALLS.

TTI ENTRY COMPLEX

Ø SERVICES/ADMIN/SECURITY.
Ø ADMINISTRATION.
Ø BRIEFING AND WELCOMING.
Ø CAFES AND FOODCOURT/MOBILE STALLS.
Ø CHILDRENS PLAY AREA, FUN RIDES.
Ø AMPHITHEATRE.
Ø INTERACTIVE ELEMENTS / TOUCH SCREEN.

FUN RIDES.

Ø FERRIS WHEEL.
Ø MERRY GO ROUND.
Ø MINI TOWER
Ø CHILDREN FUN RIDES.
Ø TRAIN RIDES




MONUMENTS PARK

Ø SEMI ACTIVE / LEISURE ACTIVITIES
Ø SIGHTSEEING
Ø EDUCATIONAL TRIP.
Ø MONUMENT ATTRACTION.
Ø THEATRETTE AND TOUCH SCREEN.
Ø TAKE PHOTOS.
Ø TOURIST ATTRACTION.
Ø EDUCATIONAL VISIT.
Ø TRAIN RIDES.

OPEN PARK.


Ø LEISURE ACTIVITIES.
Ø FAMILY PICNIC.
Ø JOGGING/CYCLING.
Ø FISHING.
Ø LOCAL ATTRACTION.
Ø CHILDREN PLAYGROUNDS.


pengunjung

pengunjung

VVIP